a

MAGHI MAGHI KITO SINGGAH SINI DULU

DISINI INGIN AKU ABADIKAN SEGALA MEMOIR INDAH AKU BERSAMA KUMPULAN DIKIR BARAT NAGA BORA/ SUTRA PAWANA...............

TIADA YANG INDAH DARI SENI BUDAYA
TIADA YANG HARUS DILUPAKAN LAPUK DEK WAKTU

Friday, January 16, 2009

Kaitan sejarah, seni dan mitos

Topik saya kali ini mungkin lari sedikit dari kebiasaan, tapi ianya untuk mencari identiti seni dan bangsa itu sendiri. Mengapa kesenian kawasan pantai timur dan peranagainya agak berbeza dr pantai barat. Dialeknya juga ada asing bagi sesentengah pendengar, dan kewujudan perktaan yang hampir mirip antara dialek kedah, kelantan, dan kwsn selatan thai amat menarik utk dikaji. Tapi setakat hr ini belum ada kejian rasmi yang dibuat kerana ianya melibatkan kos yg tinggi serta sempadan yang tidak dapat direntasi... zon konflik selatan thai.

Saya melihat perkara nie secara serius kerana ianya bukan sahaja dapat memehami jati diri kita sebgai rakyat kelantan dan juga konsep ketuanan melayu yg wujud sehjak zaman berzaman. Adalah mustahil satu perkara br dapat menzahirkan kesenian yg tinggi dan berbeza dr bangsa lain. Perkara yang menjadi perhatian saya mengapa dikir barat, menora, main puteri wujud dari terengganu sehingga kewilayah songhla dan juga petaling atau nama siam patthlung. Jika seni ini br wujud ianya mungkin akan hidup dalam kelompok tertentu sahaja, namun seni yang saya katakan adalah berbeza kerana ianya wujud dalam konteks dua negera , dan daerah yang luas. Kemungkinan ianya adalah jati diri dari segi wujudnya kebudayaan lama, melangkau zamannya. Menurut sumber menora adalah permainan istana samada wujud di zaman kerajaan khmer, atau champa. Ini dilihatkan sebagai batu loncatan utk mengetahui asal usul bangsa kita sendiri.... Dan adakah ianya mitos yang tidak dapat dibuktikan.... saya katakan tidak. Berbanding saudara kita diselatan, sebenarnya kita adalah satu kelompok yang lama wujud bukan sahaja kepulauan melayu malahan indo-china. Tanah asal kita adalah dari wilayah tengah indo-china yang meliputi sekarang kemboja dan vietnam. Menurut kajian serta sumber arkeologi yang diperolehi serta kawasan terbabit telah wujud kerajaan funan, chenla, champa, dvarati, lanna dikawasan terbabit tapi yang paling menonjol adalah champa dan funan. Wilayah mereka meliputi kwsn subur sungai mekong, dan satu lagi kerajaan bangsa khmer... setakat mana yang saya tahu kewujudan negera ini, adalah bersumberkan dari cina, dan india. Kerana waktu iaitu bangsa cina telah merekodkan segala pelayaran yang dibuat dan negera yang terlibat dengan perdagangan serta menghantar utusan kepada mereka. Dan di kawasan selatan thai hari ini telah wujudnya kerajaan yang dipanggil ligor, pattani (langkasuka) , serta kerajaan lain. Kehebatan kerajaan itu byk tercatat dalam buku catatn cina yang mana satu negeri yang luas, jaraknya 30 hr dari timur ke barat dan 20 hari dr utara keselatan Dan dimana siam ketika itu tidak dapat dipastikan... Bersambung

Sunday, January 11, 2009

Pindaan AUKU

Assalamualaikum dan salam tahun baru dari saya,

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak dapat untuk mengemaskini halaman blog saya ini terlebih awal...ada sedikit masa terluang ini saya manfaatkan untuk menulis semula.

Alhamdullillah setelah sekian lama Akta AUKU dibahaskan akhirnya,ianya dipinda agar mahasiswa dan mahasiswi dapat semula bergiat aktif dengan ngo's, badan diluar dan persatuan yang tidak berunsurkan politik. Ingin disini saya menyeru adik-adik yang masih lagi belejar untuk sama-sama bergiat dengan badan diluar untuk menambahkan pengalaman serta perkenalan dengan orang yang diluar yang mungkin dapat membantu sesudah kita menamatkan pelajaran.

Dan saya juga bersyukur kerana jika ia dilaksanakan , ahli kelab dikir barat uia dapat mengambil peluang ini dengan menyertai aktiviti luar termasuk persembahan dikir barat sendiri. Dan ini sebenarnya telah lama kita lakukan bertitik tolak dengan menyertai banyak badan diluar yang berunsurkan pertubuhan untuk anak negeri serta aktiviti social , terutamanya kebajikan....pernah saya ingat yang uia pernah membuat persembahan untuk rumah anak yatim, kalu boleh dimasukkan dalam kalendar aktiviti dengan menyertai secara kerjasama dengan badan ngo kebajikan lain.

Seterusnya apa yang saya ingin coretkan adalah berkenaan azam serta planning untuk ahli kelab dikir barat uia tahun ini, kedengaran agak menarik....mcm biasa susun jadual dengan teratur dan jangan buat last minute.... disiplin adalah kebanggaan uiam selama ini.

Jikalau, ada ahli yang membaca coretan saya ini pohon agar jgn memikirkan secara negatif tetapi mengambil dar sudut positif. Rancangan dengan elok agar jadual kita tidak serabut dan pack...kalu ada pertandingan susun jadual training dengan secara bijaksana jangan sampai memgambil masa panjang serta meletihkan... sebab tugas kita di uia adalah utk belajar, jgnkan letih sampai kelas pun tak samapai.

Pada hemat saya, bagus jikanya uia dapat menganjurkan satu program yang mana bukan sahaja untuk dikir barat contohnya bengkel kebudayaan bersama team dikir barat u dilemabah kelang. Ini bukan sahaja dapat merpatkan hubungan tetapi menambahkan ilmu dan kawan. Ataupun buat satu perjumapaan untuk satu program ramah mesra selain nyang dibuat db.net.... biasanya uia hebat dalam penganjuran

Dan jika boleh check balik apa planning yang lepas yang masih belum berjaya dilaksanakan serta rancangan untuk penubuhan team budaya sutera pawana yang meliputi elemen alat muzik yang lain, cthnya wayang kulit.

Dan saya juga tidak lupa untuk mengucapkan selamat sem baru kepada saudara serta adik di uia, semoga result lepas okn semuanya dan jgn lupa jika ada yang lekat , jgn mudah putus asa, cuba lagi.. sebab dalam berdikir kita tak pernah putus asa.


Dan jika boleh cari secepatnya mungkin advisor yang boleh menolong kita selama mana dikir barat bergema di uia.

JIKA ADA CERITA BURUK BERKENAAN DENGAN TEAM SUTRA PAWANA REFER ORG LAMA ATAU TERUS BERDIALOG DENGAN AMBO< SAUDARA PESJA>>>>>>

Thursday, November 13, 2008

KELAB DIKIR BARAT UIA

Penubuhan kelab dikir barat di uia seingat setahu ambo sebagaimana yang dimaklumkan oleh abang-abang senior adalah pada tahun 1997, namanya tak pasti tapi yang kekal adalah Naga Bora, dan sebenarnya ambo jgk adlah ahlinya pada masa itu dan mungkin menjadi group terakhir memakai nama naga bora, sebelum menukarkan nama atau sedap skit utk membaharui imej, dengan nama baru sutrapawana atau angin lembut.... jika tak salah pengertian masa tue.

Dan kepada abang-abang senior pendukung kesenian dikir barat harap jangan marah sebab ambo try utk penjenamaan semula bagi memulihkan imej dikir barat dan juga ahlinya. Dulu dikir barat dianggap satu mene yang ganas dan ada yang mengaitkan dengan bdk dismiss... cuba fikirkan bagaimana pada masa tue tanggapan org dlm uia. Dan rasanya dengan nama dan imej baru, angin dan minat org akan berubah terhadap dikir barat.

Sebenarnya sutrapawana adalah jelmaan naga bora diperingkat awal, dinama semangatnya dihidupkan semula utk terus berjuang mengangkat dikir barat dalam alaf yang baru serta umurnya pada masa tue agak nazak sebab ambo anatara org yang terakhir ditugaskan utk memulihkan dikir barat uia.

Jangan mudah dengar kata yang kami tukar nama suka hati tetapi untuk menyelamatkan naga yang tengah lemas dengan berbagai masalah dari segi ahli, ilmu dan juga wang. Mana ada persatuan yang boleh hidup tanpa wang... Dan sebagai sayang ambo dengan sutrapawana segala pergorbanan ambo curahkan kepadanya..komitmen ambo dari segi masa, wang dan juga segalanya ...ambo letak kasih ambo no 1 dari segala gadis serta wanita dlm uia, ambo sanggup berkasih dengan lagu dikir lebih dari cinta gadis...sebab apa ...sebab dikir. Byk sebenarnya ambo belajar berkenaan dgn komitmen dari senior ambo, saudara kori, cerah, usop, saymie, sudin, duan, sudin wali, nuar, prima, mamt, dan terutamanya abe z.

Ambo diberi tempat dalam group dikir barat uia, walaupun pada dasarnya ambo berminat dengan lagu jah tapi nak masuk berfikir dua kali...alhamdullillah dikir barat byk mengajar ambo erti persahabatan dan tanggungjawab. Walaupun ambo tak setegas mana dan keputusan ambo nie byk dipertikaikan serta diragui tp cinta ambo kepada dikir uia nie lebih segala2. Ambo sanggup korbankan zaman honeymoon ambo di uia utk sutrapawana dan biar ada yang ingin mendapatkan kasih ambo sanggup tolak segala-galanya utk dikir... Komitmen ambo adalah segalanya......

Dan kepada sesiapa yang menglihat coretan ini, diharapkan dapat merujuk apakah itu sutrapawana dan asal usulnya, nama kini menjadi sebutan dikalangan pendikir dikl dan kelantan...

Tinggal la kasih,tinggal la nama.... namun perjuangan yang dimulakan belum berakhir dan bakal diteruskan untuk generasi seterusnya

Tuesday, November 4, 2008

Mati... satu kepastian

MUNGKIN sesuatu sedang bermain difikiran ku buat masa sekarang, iaitu bila masa kita akan dipanggil oleh Pencipta yang maha Agung, saban masa berdetik meninggalkan kita terkial-kial mengira waktu.

Bercakap pasal mati, semua haruslah rasa insaf tapi untuk berapa lama sebelum ianya hilang dan luput oleh keasyikkan duniawi dan godaan kemewahan dunia.

Hari ini, aku sempat menghadiri pengkebumian salah seorang rakan kerja yang agak kami ingati, dan ingatn terus bertaut kepada insiden yang aku alami dahulu ketika belajar di UIAM, kereta terbabas di geting sempah dan insiden motor yang mana, kakiku terpaksa membuat operasi untuk memasukkan isi yang terkeluar sehingga menampakkan tulang... Adakah ini peluang kedua yang diberikan oleh Allah agar aku mempersiapkan diri untuk bertemunya....

namun aku takut kerana bagiku amalan yang dibuat selama ini masih tidak cukup dan sempurna, dan dosaku amat banyak jika diingatkan.... sedih dan insaf akan diriku yang dulu... aku masih mengingati bahawa ada banyak amalan ku yang telah ku tinggalkan...

Namun aku mohon agar dosa lampau diampunkan, haruslah aku sentiasa berazam untuk mendalami ilmu agama sebagaimana niat hatiku apabila menjejak kaki semula kenegeri kelahiran ku...tapi mungkin apa yang aku war-warkan adalah hangat-hangat tahi ayam... aku ketika berjaya menematkan pelajaran berazam ingin untuk belajar semula ilmu ugama.

Tapi kecintaan ku kepada kesenian pasti tidak ditinggalkan asalkan ianya tidak melanggar syariat serta ajaran agama...dan aku akan terus menjaga kesenian , serta agama agar ianya seiringan...

nafas dan hidupku adalah kerana ugama, dan minat serta angan-angan adalah kesenian ku...semoga ianya kekal menjadi perjuangan

Tuesday, October 28, 2008

Angin Dewa Muda>>>>>>: Selangkah ke masa lalu....

Angin Dewa Muda>>>>>>: Selangkah ke masa lalu....

BERITA ANGIN< SALAH ATAU BETUL>

Saturday, October 25, 2008

Selangkah ke masa lalu....




Tiada yang mesti aku kesalkan bila terkenang kisah lalu, mungkin aku lebih mementingkan apa yang akan berlaku di masa depan. SEKARANG masa ku hanya ada pada pekerjaan yang dilakukan, seharusnya ini adalah perjuangan baru ku.....

Namun hatiku berdetik ingin mengetahui akan perkembangan serta aktiviti rakan-rakan lama di uia, atau yang telah grad dari sana ,,, hubungan terjalin adalah teristimewa dan aku adalah salah seorang yang tak mudah untuk putus asa. Aku bukan seorang yang suka marah2 malahan lebih suka berdiam diri dari banyak bercakap dan ini adalah bertentangan dengan pekerjaan ku sekarang, dan diriku tidak mungkin lupa apa yang aku sanggup korbankan di uia berbanding dengan apa yang aku ada sekarang.

Tahniah, kepada keluarga baru mainboard sutra pawana dan juga kepada rakan-rakan yang akan terus berjuang habis-habisan memartabatkan dikir barat sehingga ianya dianggap satu warisan sejarah negera, kita akan berjuang habis-habisan dan dengan adanya main board baru sutra pawana akan lebih berjaya dimasa hadapan.

Kalu diatas pentas untuk membuat persembahan, hanya lah untuk cukup kadar tapi diatas basa puak kito tak pernah rasa puah, ngalin campur hugah menjadi gembira berpanjangan, kalu buleh ingin ku putar semula masa di ketika kami sempat berdikir di basa diseluruh kl, akan ku potretkan didalam rakaman video atau gambar .... buat pengetahuan semua pembaca ambo adalah orang yang anti kamera, tak suka gambar diambil, nak posing malas.

Tapi ini adalah kerugian paling besaar......... Hilang memori begitu sahaja...seseiapa yang menyimpan potret kenangan manis kita boleh kiranya berkongsi atau sesiapa yang pernah mempunyai gambar sutra pawana diharap dapat berkongsi bersama

Tuesday, October 21, 2008

gambar ambo dengan sek sekolah lama


dok pantai nie ingat nak deras suro kena training pantai.... nak lawan bunyi ombak dengan angin...jangan nak lawan kuasa tuhan sudah