a

MAGHI MAGHI KITO SINGGAH SINI DULU

DISINI INGIN AKU ABADIKAN SEGALA MEMOIR INDAH AKU BERSAMA KUMPULAN DIKIR BARAT NAGA BORA/ SUTRA PAWANA...............

TIADA YANG INDAH DARI SENI BUDAYA
TIADA YANG HARUS DILUPAKAN LAPUK DEK WAKTU

Sunday, January 11, 2009

Pindaan AUKU

Assalamualaikum dan salam tahun baru dari saya,

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak dapat untuk mengemaskini halaman blog saya ini terlebih awal...ada sedikit masa terluang ini saya manfaatkan untuk menulis semula.

Alhamdullillah setelah sekian lama Akta AUKU dibahaskan akhirnya,ianya dipinda agar mahasiswa dan mahasiswi dapat semula bergiat aktif dengan ngo's, badan diluar dan persatuan yang tidak berunsurkan politik. Ingin disini saya menyeru adik-adik yang masih lagi belejar untuk sama-sama bergiat dengan badan diluar untuk menambahkan pengalaman serta perkenalan dengan orang yang diluar yang mungkin dapat membantu sesudah kita menamatkan pelajaran.

Dan saya juga bersyukur kerana jika ia dilaksanakan , ahli kelab dikir barat uia dapat mengambil peluang ini dengan menyertai aktiviti luar termasuk persembahan dikir barat sendiri. Dan ini sebenarnya telah lama kita lakukan bertitik tolak dengan menyertai banyak badan diluar yang berunsurkan pertubuhan untuk anak negeri serta aktiviti social , terutamanya kebajikan....pernah saya ingat yang uia pernah membuat persembahan untuk rumah anak yatim, kalu boleh dimasukkan dalam kalendar aktiviti dengan menyertai secara kerjasama dengan badan ngo kebajikan lain.

Seterusnya apa yang saya ingin coretkan adalah berkenaan azam serta planning untuk ahli kelab dikir barat uia tahun ini, kedengaran agak menarik....mcm biasa susun jadual dengan teratur dan jangan buat last minute.... disiplin adalah kebanggaan uiam selama ini.

Jikalau, ada ahli yang membaca coretan saya ini pohon agar jgn memikirkan secara negatif tetapi mengambil dar sudut positif. Rancangan dengan elok agar jadual kita tidak serabut dan pack...kalu ada pertandingan susun jadual training dengan secara bijaksana jangan sampai memgambil masa panjang serta meletihkan... sebab tugas kita di uia adalah utk belajar, jgnkan letih sampai kelas pun tak samapai.

Pada hemat saya, bagus jikanya uia dapat menganjurkan satu program yang mana bukan sahaja untuk dikir barat contohnya bengkel kebudayaan bersama team dikir barat u dilemabah kelang. Ini bukan sahaja dapat merpatkan hubungan tetapi menambahkan ilmu dan kawan. Ataupun buat satu perjumapaan untuk satu program ramah mesra selain nyang dibuat db.net.... biasanya uia hebat dalam penganjuran

Dan jika boleh check balik apa planning yang lepas yang masih belum berjaya dilaksanakan serta rancangan untuk penubuhan team budaya sutera pawana yang meliputi elemen alat muzik yang lain, cthnya wayang kulit.

Dan saya juga tidak lupa untuk mengucapkan selamat sem baru kepada saudara serta adik di uia, semoga result lepas okn semuanya dan jgn lupa jika ada yang lekat , jgn mudah putus asa, cuba lagi.. sebab dalam berdikir kita tak pernah putus asa.


Dan jika boleh cari secepatnya mungkin advisor yang boleh menolong kita selama mana dikir barat bergema di uia.

JIKA ADA CERITA BURUK BERKENAAN DENGAN TEAM SUTRA PAWANA REFER ORG LAMA ATAU TERUS BERDIALOG DENGAN AMBO< SAUDARA PESJA>>>>>>

No comments: