a

MAGHI MAGHI KITO SINGGAH SINI DULU

DISINI INGIN AKU ABADIKAN SEGALA MEMOIR INDAH AKU BERSAMA KUMPULAN DIKIR BARAT NAGA BORA/ SUTRA PAWANA...............

TIADA YANG INDAH DARI SENI BUDAYA
TIADA YANG HARUS DILUPAKAN LAPUK DEK WAKTU

Friday, January 16, 2009

Kaitan sejarah, seni dan mitos

Topik saya kali ini mungkin lari sedikit dari kebiasaan, tapi ianya untuk mencari identiti seni dan bangsa itu sendiri. Mengapa kesenian kawasan pantai timur dan peranagainya agak berbeza dr pantai barat. Dialeknya juga ada asing bagi sesentengah pendengar, dan kewujudan perktaan yang hampir mirip antara dialek kedah, kelantan, dan kwsn selatan thai amat menarik utk dikaji. Tapi setakat hr ini belum ada kejian rasmi yang dibuat kerana ianya melibatkan kos yg tinggi serta sempadan yang tidak dapat direntasi... zon konflik selatan thai.

Saya melihat perkara nie secara serius kerana ianya bukan sahaja dapat memehami jati diri kita sebgai rakyat kelantan dan juga konsep ketuanan melayu yg wujud sehjak zaman berzaman. Adalah mustahil satu perkara br dapat menzahirkan kesenian yg tinggi dan berbeza dr bangsa lain. Perkara yang menjadi perhatian saya mengapa dikir barat, menora, main puteri wujud dari terengganu sehingga kewilayah songhla dan juga petaling atau nama siam patthlung. Jika seni ini br wujud ianya mungkin akan hidup dalam kelompok tertentu sahaja, namun seni yang saya katakan adalah berbeza kerana ianya wujud dalam konteks dua negera , dan daerah yang luas. Kemungkinan ianya adalah jati diri dari segi wujudnya kebudayaan lama, melangkau zamannya. Menurut sumber menora adalah permainan istana samada wujud di zaman kerajaan khmer, atau champa. Ini dilihatkan sebagai batu loncatan utk mengetahui asal usul bangsa kita sendiri.... Dan adakah ianya mitos yang tidak dapat dibuktikan.... saya katakan tidak. Berbanding saudara kita diselatan, sebenarnya kita adalah satu kelompok yang lama wujud bukan sahaja kepulauan melayu malahan indo-china. Tanah asal kita adalah dari wilayah tengah indo-china yang meliputi sekarang kemboja dan vietnam. Menurut kajian serta sumber arkeologi yang diperolehi serta kawasan terbabit telah wujud kerajaan funan, chenla, champa, dvarati, lanna dikawasan terbabit tapi yang paling menonjol adalah champa dan funan. Wilayah mereka meliputi kwsn subur sungai mekong, dan satu lagi kerajaan bangsa khmer... setakat mana yang saya tahu kewujudan negera ini, adalah bersumberkan dari cina, dan india. Kerana waktu iaitu bangsa cina telah merekodkan segala pelayaran yang dibuat dan negera yang terlibat dengan perdagangan serta menghantar utusan kepada mereka. Dan di kawasan selatan thai hari ini telah wujudnya kerajaan yang dipanggil ligor, pattani (langkasuka) , serta kerajaan lain. Kehebatan kerajaan itu byk tercatat dalam buku catatn cina yang mana satu negeri yang luas, jaraknya 30 hr dari timur ke barat dan 20 hari dr utara keselatan Dan dimana siam ketika itu tidak dapat dipastikan... Bersambung

No comments: