a

MAGHI MAGHI KITO SINGGAH SINI DULU

DISINI INGIN AKU ABADIKAN SEGALA MEMOIR INDAH AKU BERSAMA KUMPULAN DIKIR BARAT NAGA BORA/ SUTRA PAWANA...............

TIADA YANG INDAH DARI SENI BUDAYA
TIADA YANG HARUS DILUPAKAN LAPUK DEK WAKTU

Thursday, October 21, 2010

Dikir sokmo

satu lagi rancangan yang menarik dari rtm

Wednesday, July 7, 2010

Pertandingan RTM kembali.........

bagi sesiapa yang berminat serta mengikuti halaman saya , sukacita saya ingin memaklumkan bahawa pada 10 hb julai bertempat di UITM machang akan berlangsung pusingan dikir barat rtm pada tahun ini. Jadi adik kakak yang meminati dikir barat dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan acara buat julung yang diadakan di uitm.

Pentas Baru.....Taman Budaya Kelantan

Alhamdullillah , satu lagi mercu budaya negeri kelantan telah siap dibina bagi memperjuangkan aspek serta seni budayawan kelantan. Sayu hati bila mengingatkan tempat2 lain yang budayanya tidak sebanyak kelantan telah dibina taman budaya , dan kini akhirnya kelantan juga tersenarai mempunyai bangunan budayanya sendiri.

Cuma yang harus sama-sama dilakukan oleh Jabatan Budaya adalah bagi menghidupkan kegiatan budaya dan juga kesenian disini, sememangnya orang kelantan ketagih kepada seni atau bahasa mudah mene. Semua jenis seni budaya harus dikumpulkan disatu tempat dan ini juga boleh mengalakkan kedatangan orang ramai termasuk pelancong yang ingin datang bagi mengenali serta menhayati seni budaya kita.

Dan kerjasama pelbagai peringkat haruslah digerakkan bermula dari jabatan, kerajaan persekutuan termasuk kerajaan negeri. Badan2 ngo's kesenian juga boleh dimasukkan untuk terlibat sama dan kumpulan kesenian haruslah didedahkan dengan kemudahan serta infrasruktur ditempat ini. Seharusnya ianya tidak dijadikan penyejuk mata2 semata-mata, segala aktiviti serta program kesenian harus digerakan termasuk permainan rakyat seperti gasing, congkak dan sukan org kelantan......seperti tanding suara cerik dan sebagainya.

Dari segi aspek pelancongan, ia adalah tarikan baru serta memudahkan mereka untuk mempelajari serta melihat kesenian kelantan di satu tempat. Mungkin pihak pengurusan taman budaya juga boleh mengadakan bengkel kesenian, teater serta secara langsung tempat pembuatan alat2 kesenian kita.

Bangga jika kebudayaan kita dapat mencabar arus kemodenan dan terus hidup dalam masyarakat

Thursday, May 6, 2010

bila dewan halaqat berdikir

saya ingin mengucapkan stinggi perhargaan kepada YB TG Dato Nik Abdul Aziz, yang berani mengangkat maartabat dalam bentuk dakwah bila merasmikan seterusnya mengiktiraf seni dikir barat sebagai medium perantaraan antara pemimpin dan masyarakat..sesungguhnya elemen serta msj dakwah dapat dikembangkan dengan cara bijaksana..

seperti yang kita ketahui sekian lama aspek seni dianggap sebagai mistik atau budaya yang harus ditinggal , namun jika pengenalan cara ini adalah satu fokus untuk menghidupkan seni dikir barat disamping dapat kita mendekatkan para daie kita dengan masyarakat. Umum sedar bahawa ramai kalangan anak muda agak sukar untuk hadir serta menyertai golongan dakwah serta menghadiri aktiviti masjid...

Sudah sampai masanya golongan ini cuba turun kepada masyarakat melalui medium yang dekat denganmereka seperti kesenian dan sebagainya..semoga usaha murni ini dapat diteruskan diperingkat kawasan serta dun......