a

MAGHI MAGHI KITO SINGGAH SINI DULU

DISINI INGIN AKU ABADIKAN SEGALA MEMOIR INDAH AKU BERSAMA KUMPULAN DIKIR BARAT NAGA BORA/ SUTRA PAWANA...............

TIADA YANG INDAH DARI SENI BUDAYA
TIADA YANG HARUS DILUPAKAN LAPUK DEK WAKTU

Tuesday, November 4, 2008

Mati... satu kepastian

MUNGKIN sesuatu sedang bermain difikiran ku buat masa sekarang, iaitu bila masa kita akan dipanggil oleh Pencipta yang maha Agung, saban masa berdetik meninggalkan kita terkial-kial mengira waktu.

Bercakap pasal mati, semua haruslah rasa insaf tapi untuk berapa lama sebelum ianya hilang dan luput oleh keasyikkan duniawi dan godaan kemewahan dunia.

Hari ini, aku sempat menghadiri pengkebumian salah seorang rakan kerja yang agak kami ingati, dan ingatn terus bertaut kepada insiden yang aku alami dahulu ketika belajar di UIAM, kereta terbabas di geting sempah dan insiden motor yang mana, kakiku terpaksa membuat operasi untuk memasukkan isi yang terkeluar sehingga menampakkan tulang... Adakah ini peluang kedua yang diberikan oleh Allah agar aku mempersiapkan diri untuk bertemunya....

namun aku takut kerana bagiku amalan yang dibuat selama ini masih tidak cukup dan sempurna, dan dosaku amat banyak jika diingatkan.... sedih dan insaf akan diriku yang dulu... aku masih mengingati bahawa ada banyak amalan ku yang telah ku tinggalkan...

Namun aku mohon agar dosa lampau diampunkan, haruslah aku sentiasa berazam untuk mendalami ilmu agama sebagaimana niat hatiku apabila menjejak kaki semula kenegeri kelahiran ku...tapi mungkin apa yang aku war-warkan adalah hangat-hangat tahi ayam... aku ketika berjaya menematkan pelajaran berazam ingin untuk belajar semula ilmu ugama.

Tapi kecintaan ku kepada kesenian pasti tidak ditinggalkan asalkan ianya tidak melanggar syariat serta ajaran agama...dan aku akan terus menjaga kesenian , serta agama agar ianya seiringan...

nafas dan hidupku adalah kerana ugama, dan minat serta angan-angan adalah kesenian ku...semoga ianya kekal menjadi perjuangan