a

MAGHI MAGHI KITO SINGGAH SINI DULU

DISINI INGIN AKU ABADIKAN SEGALA MEMOIR INDAH AKU BERSAMA KUMPULAN DIKIR BARAT NAGA BORA/ SUTRA PAWANA...............

TIADA YANG INDAH DARI SENI BUDAYA
TIADA YANG HARUS DILUPAKAN LAPUK DEK WAKTU

Saturday, October 11, 2008

SENI BUDAYA SENI WARISAN



Terdetik dalam hatiku, untuk mengabdikan memori yang lalu di uia dalam bingkisan blog ini, memandangkan hari ke sehari memoir ini semakin luntur dalam ingatan. Satu yang harus kubanggakan adalah seni ini telah menguatkan semangat ku serta azam untuk menempuhi segala kesulitan dan cabaran dalam hidup. Bukan sahaja seni mengajar ku, apakah kesenian itu sebenarnya malahan mengajar aku realiti kehidupan sebenarnya, yang mana budaya ini akan dimamah pembangunan serta kemodenan yang semakin hari semakin terserlah dinegeri asal usulnya seni ini termasuk yang dibawa kemerata semenanjung..................... SUTRA PAWANA adalah permula segala perjuangan serta pergorbanan ku untuk memartabatkan suatu maruah anak bangsa negeri ku cintai


Berkenaan dengan seni yang aku maksudkan disini ialah dikir barat, salah satu muzikal tradisional negeri kelantan. Hum.... mungkin agak pelik apabila sesiapa yang menjenguk masuk ke halaman blog aku ini bila melihat akan minat aku yang dikatakan songsang dari arus kemodenan. Seni ini sebenarnya tidak jauh pada diriku sebab semenjak sekolah rendah lagi aku pernah menyertai persembahan dikir barat tanpa mengetahui keindahan sebenarnya. Aku hanya mengerti yang masa tue aku kena ikut kata cikgu nak buat persembahan sempena hari guru kalu tak silap ingatan ku.

Tah... aku ketika itu merasa sesuatu yang ganjil kerana ketika gendang dipalu, aku terasa bulu roma ku meremang...tapi siang takkan ada hantu kot. Sesuatu yang aku tidak tahu bahawa dikir barat ini mempunyai suatu kuasa yang boleh membuatkan seseorang terpikat serta tertawan dengan keindahan iramanya. Bukan masa aku waktu itu untuk memahami permainan dikir barat ini.

Dan ketika melangkah ke alam sekolah menengah, aku tiada pendedahan berkenaan dengan dikir barat walaupun pernah sekolah aku itu menganjurkan satu persembahan dikir barat, maklumlah sekolah agama yang agak terkenal di negeri kelantan gak. Dan aku rasa itulah persembahan terakhir dikir barat disekolah tersebut kerana terjadi insiden yang tidak diingini, salah seorang pelajar telah memasang mercun dan membuat suasana kelam kabut sekejap. Aku rasa budak tue terkena angin dikir barat kot sebab takde pun orang yang sanggup memasang mercun dalam dewan yang penuh dengan orang.

Kemudian, aku berjaya pergi ke sekolah asrama penuh, kat perlis. Masa tue perasaan aku bercampur dengan sedih dang gembira. Sedih sebab nak tinggal sekolah lama dan rumah serta berpisah dengan rakan-rakan baik ku di sana. Gembira sebab boleh masuk sekolah mara dan kenal suasana baru. Kat sanalah aku mula mengenal erti berdikari serta rakan sejati......

Mungkin selama ini, aku mempunyai rakan-rakan yang baik tetapi di perlis dimana aku mempunyai rakan karib sehingga ke hari ini. Salah satu faktor yang mengeratkan hubungan kami adalah hidup dan tidur bersama. HMmm.... bukan tidur sekali. Tapi hubungan yang terjalin adalah di atas dasar, berjauhan serta kami kenal hati serta budi masing-masing. Tiada cerita gembira atau sedih aku disana, kerana kegembiraan atau kesedihan wujud dimana mana.

Masih aku ingat ketika masih junior berbagai-bagai cabaran aku rasa dihadapi disini, dan kemungkinan ini yang memyebabkan personaliti aku berubah sedikit, dari seorang yang senyap menjadi seorang kaki buat kacau dan mungkin nakal. Teringat kembali masa silam, aku ingin menyusun jadi memohon kemaafan kepada guru serta rakan rakan lain yang pernah jadi mangsa atau terkena perbuatan ku.

ketika menjadi senior aku katakan, aku suka membuat hal sendiri dan tidak mendengar nasihat. Apa yang dikatakan oleh rakan baik ku, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku menjadi seorang yang sadis dan mungkin agak pelik.... rasa aku sebab aku nie ikut mood nak jadi baik, aku jadi macam tok iman dan dan nak jadi jahat aku rasa kalah syaitan.

Alhamdullillah, selepas mengharungi waktu mencabar di sekolah tersebut maka, aku pun berjaya sambung mengaji di kl. Orang kata nie aku akan jadi ustaz sebab masuk u islam, aku pun harap jadi begitu. Tapi mungkin aku nie nipis imannya, pelbagai dugaan hidup dan pengalaman aku tempuhi di sana, berbagai kerenah perangai manusia aku saksikan dan hidup ini benar kata orang banyak pancaroba. Tetapi aku berjaya juga melepasi ujian itu, kepada rakan rakan ku, yang bersama di pusat matrikulasi uiam di pj sessi 2000/2001 diharapkan semua sihat sejahtera dan kalu boleh terus berhubungan. Kita adalah saudara tak kira apa yang kita sekarang lakukan,,,, aku ingat inilah masa aku masuk dan memasuki dikir barat. Teringat akan latihan yang dilakukan di bangunan buruk swmp, nyamuk dan gelap keadaanya. Aku terasa kekok mula-mula nak belajar menepuk serta menghafal lagu serta irama. Dan orang yang bertanggung jawab mengajak aku masuk adalah saudara juki gaal, atau aku panggil juki mabuk. Dia merupakan antara tunggak kami disana...... saudara imi( Lembu), Lah (burung), Mat Chah ganaz (kambing)..... ini adalah asas perjuangan dikir barat di matrik masa tue....semua mereka dah ada yang berumah tangga dan berjaya dalam bidang mereka masing-masing.

Berbalik kepada dikir barat tadi, pada masa tue tukang palu bana adalah imi, saudara peja (B). kami terpaksa menyusun semula kumpulan tersebut kerana pada masa tersebut, tiada perlantikan presiden baru kerana kebanyakkan ahli lama telah masuk main camp, jadi atas persetujuan bersama imi dan kau telah dilantik untuk jadi taucu, atau kepala kat situ. Aku berterima kasih atas tanggungjawab yang diberikan sebab atas dasar itu, aku berminat nak mendalami dikir barat tersebut.





Dan ini telah meninggalkan kesan mendalam dalam hidupku, aku diberi tanggungjawab untuk memastikan bahawa kumpulan kami akan terus hidup dan utuh. Dan sepanjang aku berada di matrik , rakan-rakan yang kebanyakkannya adalah senegeri atau dari besut, banyak membantu dan menolong menyenangkan aku untuk melakukan urusan. Pada masa itu, seingat aku nama, yang sering kami gunakan adalah sri delima, nama lama team dikir barat matrik yang diketuai oleh saudara abe korie ( lonie loyar hebat dikelate), saymee. Dan rasa aku, kat situlah bermula hubungan aku dengan geng sri delima, atau abe senior di gombak. mereka telah banyak membantu adik-adik di uia matrik pada masa tue dalam bentuk masa latihan dan tunjuk ajar.

Aku bertuah kerana dapat habis pada masa nya di matrik dan boleh pergi ke main camp, yang mana masa tue aku mmg agak menghormati team gombak. Apa menjadi aku agak respek mereka sebab hubungan yang rapat serta ikatan dalam kumpulan yang kuat. Aku agak bangga diberi peluang untuk berdikir dengan abe gombak di arena convest 01, tak kala itu aku melihat apa yang dikatakan angin dikir ketika hatuk antara team senior dan junior gombak masa tue. Kumpulan mereka agak besar dan ramai.

Dan bila, aku di gombak aku rasa bertuah sebab dianggap antara budak baru yang boleh dianggap team mereka. tahun pertama adalah tahun yang agak bahagia kerana kami diserikan dengan warna-warni kehidupan dikir barat, banyak persembahan dan acara harus dibuat.


tapi keadaan ini tidak berpanjangan, kerana keadaan di gombak agak berlainan dengan matrik. kami tinggal berjauhan dan susah untuk kami kerap bersama kerana berlainan kursus serta kerja yang agak membebankan kami dari segi pelajaran. Dan aku agak nakal pada tahun pertama, dengan perbagai aktiviti diluar, kerap balik lewat malam dan kerap insiden. Sampai aku nie orang sempat panggil gemulah, tapi alhamdullillah tuhan masih memberi peluang aku bertaubat dan muhasabah diri

Aku ingat satu insiden yang hampir meragut nyawaku, kereta aku pandu terbabas dan hampir terjunam kedalam gaung di ganting sempah. Kata keluar dalam radio , skuad era kata pemandunya mati kalu dilihatkan keadaan kereta.

Itu bukanlah yang paling teruk aku alami ,, seingat aku insiden di jalan sentul-kl, pukul 5.00 pagi adalah pengajaran bagi aku. Aku jatuh muto dan terpelanting ketepi jalan, dan betis aku terkena besi cerucuk tiang yang mana isi aku terkeluar dan nampak daging serta tulang. Time tue baru nak ingat mak bapak....tuhan. Allahuakbar.... dan ada terselit nak lihat buat kali terakhir perempuan yang aku minati...... dan dia datang jgk. Aku rasanya nak mati time tue,,,, cuma rakan-rakan cepat membantu membawa kehospital. Tiada kereta yang berhenti pada masa tue kecuali sebuah peronda polis, aku berterima kasih abang polis.

Kembali pada cerita aku, berkenaan dikir barat, nak dikatakan kerana minat aku yang mendalam walaupun cuti aku belum habis, tapi atas dasar aku nak berdikir kat convest aku gagahi jgk utk datang ke uia, dan pelajaran aku masa tue tunggang langgang. Aku bercuti sebulan lebih, banyak pelajaran yang aku tinggal.

Aku ingak ketika berada di atas pentas convest tue, sakit dan ngilu aku tahan semata-mata dikir barat. Adakah ini yang dinamakan angin berdikir, tapi alahai pelajaran aku sem tersebut lingkup hampir nak bungkus, pointer jatuh teruk dari keadaan aku yang sederhana, masa tue aku hampir putus asa. Dan apa yang menjadi semangat aku semula, adalah dikir barat semata-mata. Aku rasa jika aku tinggal uia, aku nak berdikir kat mana sebab aku nie bukan pendikir asal dari kampung tapi kenal dikir barat di u. Dan tuhan itu maha penyayang, dimana aku masih lagi belajar dan menghabiskan sisa-sisa dan peluang untuk mengulung sebuah ijazah. Ketika, itu kumpulan dikir barat boleh dikatakan dalam krisis yang parah dengan ahlinya nyang tinggal tidak seberapa, dan kebanyakkan yang masih menghidupkan adalah dari batch aku, itu kalu takder baha, nuar askar, mijo,nayie,mat At, zaki dan lain-lain aku rasa kumpulan kami telah berkubur. Dan ketika itu bantuan telah datang iaitu adik-adik dari matrik nuar, zuar, pakdo, mat lee, bard hensem, dan laiin 2. mereka adalah penyambung kepada kumpulan kami pada masa itu yang agak suram, serta menunggu masa untuk lupus dek masa.

Ketibaan mereka adalah pelengkap kepada generasi baru kumpulan dikir barat kami naga bora, yang mana atas rasa perlu diambil tindakan bagi menghapuskan badi dalam dikir barat nama kami tukarkan kepada sutra pawana. Nama ini adalah hasil mensyuarat yang dijalankan, yang mana kebanyakkan ahli bersetuju untuk tukar nama. Dan ketika itu, baha dilantik sebagai pres pertama kumpulan kami dengan aku sebagai timbalannya. Sebenarnya, ini adalah anjakan paradigma kepada kami kerana dengan nama baru dan kebetulan pada masa itu, jurulatih kami iaitu abang hadi telah sanggup berkorban untuk melatih kami, walaupun tidak dijanjikan dengan wang ringgit. Dan saat itu adalah penanda kebangkitan kumpulan dikir barat uiam, SUTRA PAWANA.

Kemunculan kali pertama sutra pawana adalah ketika persediaan pihak kami untuk menghadapi pertandingan dikir barat ipt di usm p.pinang. kami berbekalkan latihan serta masa yang terhad gagal meraih sebarang nombor, tetapi berpuas hati dengan persembahan, yang diberikan, tok juara kami korie sedap sungguh masa tue, dan nua manja jugak berjaya membawa peranan sebagai t.karut.

tapi sebab masa yang singkat dan latihan, itu menjadi pengajaran pihak kami. Kemudian, atas jasa baik hadi getar manja, kami ditemukan dengan wakil rtm bagi memberikan peluang kami muncul dalam slot salam pantai timur, hmmm tak menang takper tapi boleh masuk tv.

Pada peringkat ini, teraju pengurusn kini berada pada saya dan saudara hadi. Dan ketika itu, kami telah berbincang bagaimana untuk meletakkan sutra pawana berada dalam peta kumpulan dikir barat di KL. Dan cara hanya satu iaitu kami kena keluar dari kepompong kami iatu, hanya berdikir didalam uia sahaja.

Dan atas desakan ahli yang mahu kami lebih aktif dan maju, kami mula berjinak-jinak dengan menyertai kumpulan sri dagang, yang juga banyak pada peringkat pertandingan hari itu, dan kemudian kami menjadi anak angkat kepada kumpulan samudera. Dan ketika ini adalah sikit-sikit rezeki pada kami, atas jasa baik jemputan di serata lembah kelang. tapi ini juga menimbulkan suasana yang tidak sihat dalam kumpulan kerana setakat yang kami pernah berdikir setakat RM50 adalah besar. Dan tabung kumpulan kami tue pun jika ada RM100.00 tue pun mujo, sebabnya bantuan kewangan tidak diberikan oleh uia kepada kami, kami dianggap kumpulan kampung dan racist iaitu asabiyyah( kenegerian). Dan perkara ini yang amat mendukacitakan saya sepanjang berada di uia, ber bagai aduan serta permohonan untuk bantuan kewangan dipohon namun ianya ditolak hanya ketika beberapa program dilakukan, barulah bantuan diberikan. itu pun tak cukup, sponsor kami disekat dan kami terpaksa mengunakan wang sendiri serta tabung kumpulan yang agak berisi masa itu.