a

MAGHI MAGHI KITO SINGGAH SINI DULU

DISINI INGIN AKU ABADIKAN SEGALA MEMOIR INDAH AKU BERSAMA KUMPULAN DIKIR BARAT NAGA BORA/ SUTRA PAWANA...............

TIADA YANG INDAH DARI SENI BUDAYA
TIADA YANG HARUS DILUPAKAN LAPUK DEK WAKTU

Sunday, May 24, 2009

Tahniah Sutrapawana Uiam

Sudah lama ingin ku menulis, tapi masa tidak mengizinkan .. baru-baru nie kita mendapat penkhabaran yang amat menarik, katanya budak sutrapawana dapat masuk sukuakhir dalam pertandingan dikir barat rtm peringkat kebangsaan. Pertama sekali mari kita panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana limpah rahmatnya kita dapat hidup serta menikmati rezekinya di muka bumi dan bagi pendikir Uiam inilah rezeki yang tuhan jadikan buat kita umat manusia. Tiada siapa akan menyangka yang dulu uiam sebagai budak hingusan dalam arena dikir barat nie, boleh dibentuk untuk menjadi satu pasukan yang berdisiplin serta kuat dari segi seni suara, seni tari dan alat muzik. Ini adalah suatu yang dapat dijangka dengan pengorbanan yang diberikan oleh ahli-ahli mereka yang sanggup turun untuk berlatih pada tiap-tiap malam, ada yang tidak suka akan pasukan ini mendapat nama tapi ini adalah realiti kehidupan. Bila seseorang itu mencapai kejayaan pastilah ada musuhnya dihadapan.

Bercakap pasal semangat suatu pasukan, semolek2nya kita imbaskan akan tujuan rebranding pasukan dikir barat uiam sendiri, setelah bertahun menjadi iguan serta cacian orang ramai yang tidak kenal akan erti serta seni budaya itu sendiri saya inginkan ahli-ahli yang ada sekarang agar tidak terlalu angkuh dan bongkak dengan kedudukan kita serta berasa kita nie pandai sebabnya masih ada yang lebih hebat di sekeliling kita. Dan ilmu berdikir ini perlu dicari dan dipelajari dari senior atau otai dikir barat diluar, uia tidak dapat memberikan kita ilmu secukupnya dalam seni ini melainkan ilmu pengetahuan serta agama.

berhati-hati bila kita bercakap dengan orang ramai atau pasukan lain diluar agar tidak meyinggung atau membawa permusuhan diantara pasukan dikir barat di lembah kelang. Orang tidak akan mengutuk kita didepan tapi biasanya akan mengata dibelakang.
Segala permasalahan diri kita jangan dibuka pekungnya bawalah berbincang dalam pasukan dan jika ada satu ranting yang berpenyakit cantas lah cepat-cepat secara diplomasi atau perbincangan. Dan jika tidak silap, agar suka pasukan dikir barat untuk menjadi badan yang tersusun kerana kita adalah pasukan bukannya persatuan,tapi jika ianya dapat dijalankan maka suatu hari Sutrapawana akan menjadi satu pasukan serta persatuan yang hebat.

Bukan niat kita hendak menasihati atau mengata tapi itu suatu hakikat yang perlu diredahi oleh pimpinan dikir barat yang baru. masalah dalam pasukan adalah penyakit keturunan yang tidak dapat kita hapuskan malahan ubati tetapi dengan hikmah atau pengorbanan ianya dapat di laksanakan.

Sekalung perhargaan dan ucapan tahniah dari saya selaku bekas presiden serta ahli sutra pawana yang saya banggakan tiada yang dapat menghapuskan identiti sutrapawana selain ahlinya yang akan menguburkan persatuan itu sendiri dengan gerak kerja mereka. Ingat tiada tempat utk kita ahli sutra, selain di Uiam untuk bergiat dengan kemanisan persembahan dan kegembiraan berdikir berpasukan, susah untuk kita m,endapat perasaan ini diluar sana. Ikhlas lah dalam erti berjuang untuk seni walaupun ditaburi oleh jutaan wang ringgit kerana seni tidak dapat dibeli dengan wang ringgit... seni adalah suatu maruah yang harus kita pertahankan. Sekian saja utk kali ini