a

MAGHI MAGHI KITO SINGGAH SINI DULU

DISINI INGIN AKU ABADIKAN SEGALA MEMOIR INDAH AKU BERSAMA KUMPULAN DIKIR BARAT NAGA BORA/ SUTRA PAWANA...............

TIADA YANG INDAH DARI SENI BUDAYA
TIADA YANG HARUS DILUPAKAN LAPUK DEK WAKTU

Tuesday, November 19, 2013

Jutaan Tahniah

Disini ingin saya merakamkan ucapan Tahniah kepada Tengku Faiz @pokku yg bergelar Raja sehari....Disni ada rakan yang telah bergelar bapa dan menjalani ikatan perkahwinan dan ada rakan-rakan yang telah meninggalkan kita,,,,setinggi takziah dan alfatihah untuk mereka. Sudah lama rasanya x menulis didalam blogg walhal diri ini bukannya sibuk sangat namun masa yang ada hanya melwati dan pergi bersama angin. Diusia ku kini baru merasai betapa tuahnya mengucapi nikmat Illahi yang memberi kesihatan dan umur yang panjang walaupun hambaMu ini kerap lalai dalam menunaikan syariat dan ibadah. Mohon agar rezeki yang ada dapat dimanfaatkan pada jalan mu YA Allah. Diri ini bukan hamba yang sempurna kerap melakukan dosa dan tidak terlepas melakukan kesilapan. Dalam beberapa jarak waktu ini daku pernah melakukan kesilapan yang besar....dan melepaskan kenikmatan yang ada ...ia adalah sejarah diri. moga kesilapan ini tidak berulang.

Thursday, October 21, 2010

Dikir sokmo

satu lagi rancangan yang menarik dari rtm

Wednesday, July 7, 2010

Pertandingan RTM kembali.........

bagi sesiapa yang berminat serta mengikuti halaman saya , sukacita saya ingin memaklumkan bahawa pada 10 hb julai bertempat di UITM machang akan berlangsung pusingan dikir barat rtm pada tahun ini. Jadi adik kakak yang meminati dikir barat dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan acara buat julung yang diadakan di uitm.

Pentas Baru.....Taman Budaya Kelantan

Alhamdullillah , satu lagi mercu budaya negeri kelantan telah siap dibina bagi memperjuangkan aspek serta seni budayawan kelantan. Sayu hati bila mengingatkan tempat2 lain yang budayanya tidak sebanyak kelantan telah dibina taman budaya , dan kini akhirnya kelantan juga tersenarai mempunyai bangunan budayanya sendiri.

Cuma yang harus sama-sama dilakukan oleh Jabatan Budaya adalah bagi menghidupkan kegiatan budaya dan juga kesenian disini, sememangnya orang kelantan ketagih kepada seni atau bahasa mudah mene. Semua jenis seni budaya harus dikumpulkan disatu tempat dan ini juga boleh mengalakkan kedatangan orang ramai termasuk pelancong yang ingin datang bagi mengenali serta menhayati seni budaya kita.

Dan kerjasama pelbagai peringkat haruslah digerakkan bermula dari jabatan, kerajaan persekutuan termasuk kerajaan negeri. Badan2 ngo's kesenian juga boleh dimasukkan untuk terlibat sama dan kumpulan kesenian haruslah didedahkan dengan kemudahan serta infrasruktur ditempat ini. Seharusnya ianya tidak dijadikan penyejuk mata2 semata-mata, segala aktiviti serta program kesenian harus digerakan termasuk permainan rakyat seperti gasing, congkak dan sukan org kelantan......seperti tanding suara cerik dan sebagainya.

Dari segi aspek pelancongan, ia adalah tarikan baru serta memudahkan mereka untuk mempelajari serta melihat kesenian kelantan di satu tempat. Mungkin pihak pengurusan taman budaya juga boleh mengadakan bengkel kesenian, teater serta secara langsung tempat pembuatan alat2 kesenian kita.

Bangga jika kebudayaan kita dapat mencabar arus kemodenan dan terus hidup dalam masyarakat

Thursday, May 6, 2010

bila dewan halaqat berdikir

saya ingin mengucapkan stinggi perhargaan kepada YB TG Dato Nik Abdul Aziz, yang berani mengangkat maartabat dalam bentuk dakwah bila merasmikan seterusnya mengiktiraf seni dikir barat sebagai medium perantaraan antara pemimpin dan masyarakat..sesungguhnya elemen serta msj dakwah dapat dikembangkan dengan cara bijaksana..

seperti yang kita ketahui sekian lama aspek seni dianggap sebagai mistik atau budaya yang harus ditinggal , namun jika pengenalan cara ini adalah satu fokus untuk menghidupkan seni dikir barat disamping dapat kita mendekatkan para daie kita dengan masyarakat. Umum sedar bahawa ramai kalangan anak muda agak sukar untuk hadir serta menyertai golongan dakwah serta menghadiri aktiviti masjid...

Sudah sampai masanya golongan ini cuba turun kepada masyarakat melalui medium yang dekat denganmereka seperti kesenian dan sebagainya..semoga usaha murni ini dapat diteruskan diperingkat kawasan serta dun......

Saturday, November 21, 2009

Dah lama tak terupdate...

Agak lama kawe tak update blog nie, masa ada cuma isi tak ada. Masa yg terluang sekarang digunakan utk keluar mnm dengan sain2 atau jupo ore. Tak ada yg menarik perhatian kawe utk menulis, kecuali ada sedikit kekusutan berhubung dengan identiti kawe sendiri. Byk kali kawe tbk mnm, dan ada juga time pejabat tue berjumpa secara formal atau tak dirancang dengan client atau potential client, kawe ditegur oleh seorang sain atas pemakaian kawe...katanya nak jupo kena pakai casual skit /atau corporat la..sebab kita org niaga. Kawe sebenarnya agak sukar nak mengubah penampilan yang dibawa diri sendiri sejak lama dulu, kalu tgk kawe dulu ngan lonie rasanya sama saja.

Kata org tue lagi, dalam dunia niaga nie kalu nak makan besar atau hak kita kejar tue benda besar umpan pun kena besar , dan beringat jalan percaya kpd sesiapa pun hatta rakan2 kongsi sendiri..dia kata ko dia pun tak leh caya ,,dia kata org muda supo ambo akan menempuh byk lagi benda dalam dunia nie utk mematangkan diri sendiri sebab menbuka firma guaman nie ibarat menjalankan perniagaan, nak bisnes mesti banyak dugaan.

sebagai peringatan kepada ambo dia ada menceritakan sedikit pengalaman diri sendiri, sebagai pengajaran kepada kawe , dan kawe tak leh nak kosi cuma boleh dikatakan jangan joli dan menggunakan duit ke arah kejahatan...maksud ambo dok abis ke benda maksiat, sebab nescaya jika tak beringat nanti Allag akan tarik balik pintu rezeki dia wie kita mula2 tadi.

dan dalam rezeki dia wie nie ada hok org lain , jadikan diri kita kuat bersedekah dan menginfakkan harta utk kebaikan..dan kena ingat buat lah pelaburan ketika muda dan mampu sebagai bekalan ari tuo kelak..banyak lagi nak dikongsi,,, tapi byk yang sepatutnya kawe tak tulis bg nak elak mengaibkan seseorang......


Sama 2 tgk pasukan yang bakal berentap 22 hb nie di pertandingan akhir dikir barat 2009, semoga yang mana mempersembahkan persembahan terbaik akan beroleh kejayaan

Thursday, August 27, 2009

ERTI KEMENANGAN

alhamdullillah , kita berada dalam bulan ramadhan yang mulia. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah rahmatnya dapat kita bersama-sama mengerjakan Ibadah puasa. Dalam erti lain puasa mengajar kita banyak sifat sabar dalam menghadapi kehidupan seharian, dari waktu pagi sehingga terbenamnya matahari, yakni sehingga maghrib menjelma. Bagi seseorang muslim apa yang penting adalah sifat tawadduk dan ikhlas dalam mengerjakan ibadat ini, bukan hanya sebagai amalan atau ikutan semata-mata.

Ingin mengulas berkenaan dengan malam pertandingan tempoh hari, seusainya pertandingan tersebut berbagai-bagai tohmahan serta cerita kedengaran akibat keputusan hakim/juri pada malam itu yang menyebelahi pasukan seri istana , tumapat dan mengakibatkan sutrapawana tersingkir malahan diletakkan ditempat 4 keseluruhan. Pertama kali saya mengucapkan tahniah serta cuba lagi dimasa hadapan...sesungguhnya kerja keras adalah tangga kejayaan...seharusnya ini yang bermain difikiran semua ahli sutrapawana kita tidak harus menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri.

Walaupun terdapat ramai aktivis serta pengiat dikir barat hadir , sebenarnya dari suara sura mereka kita harus tahu bahawa pasukan kita jangan bermain api, yang mana kita tak perlu bergaduh atau menunujukkan ketakpuasan dihadapan mereka semua sebaliknya kita harus profesional sebagai yang diterapkan dalam kamus sutrapawana, jangan menjadikan diri kita kampung... Semua yang hadir malam itu, yang tahu berkenaan dengan dikir barat dan seni serta permarkahan telah meletakkan uia juara kerana kelebihan mereka. itu sudah cukup dan kita harus terus mencuba lain tahun dan yang pasti pertandingan makum hampir menjelang tiba, diharapkan uia dapat bersedia untuk merangkul anugerah tersebut.

Dalam erti lain, pasukan uia a.k.a sutrapawana sebenarnya telah memenangi hati penonton walaupun kalah dalam realiti, dan saya juga pasti sekarang uia mendapat pengiktirafan yang tinggi dari pasukan pendikir seluruh manusia. Akhir kata , ini adalah matlamat sebenar yang kita perjuangkan agar UIA/Sutrapawana dikenali org ramai dan tidak hadir cita2 yang kita tak layak.......Selamat berpuasa dan menghadapi exam kepada pejuang sutrapawana.