a

MAGHI MAGHI KITO SINGGAH SINI DULU

DISINI INGIN AKU ABADIKAN SEGALA MEMOIR INDAH AKU BERSAMA KUMPULAN DIKIR BARAT NAGA BORA/ SUTRA PAWANA...............

TIADA YANG INDAH DARI SENI BUDAYA
TIADA YANG HARUS DILUPAKAN LAPUK DEK WAKTU

Tuesday, October 21, 2008

AMBO NAK BAGHI SKIT

Masa ambo tidak banyak mana, nak menulis lama-lama tak berapo sedap.

Dalam ambo dok sini, ambo lihat dikir barat di kelantan nie macam mane kampung sebab sungguh susah nak lihat benda nie hidup di bandar tapi ketika ambo lalu di jalan wakaf che yeh terlihat ambo ada pasukan tengah membuat training di tepi jale. Dan pada masa tue ambo lihat ramai jugak yang berenti tengok.

Jadi bilo kato mene kampung sebenarnya tak keno sebabnya ada jugak puak yang cuba menghidupkan benda nie di bandar. Dan dalam ambo lihat tue, banggo jugak sebab ramai anak-nak muda yang bakal jadi pelapes baru kesenian nie. Cuma terdetik sedikit hati ambo sebab tengok ramai-ramai tue, semuanya stail ore kato nakal-nakal, rambut panjang dan ada wat tumpah air sungai kelate sebab rambut warna koko. Dan satu budaya lagi ambo lihat, semuanya isap rokok, ambo isap jugak, tetapi nie berkaitan persepsi orang ramai terutamanya ore-ore tue atau veterean bilo tengok benda gini, akan membuatkan mereka takut anak mereka jadi jahat jika masuk dikir.

Apakah ini adalah tanggapan ambo atau benda yang selalu ambo dengar dari mulut ke mulut ore kampung kito. Benda dikir terdapat banyak pendapat sebenarnya adik kakak yang ambo hormati ,,,, terutamanya pada ambo sendiri. Dikir banyak membentuk sifat disiplin, patuh kata-kata ore tue (taucu), rajin untuk belajar bunga baru, kena hafal lagu, pergaulan dengan orang dan sebagainya. Jika ambo katakan bahawa dikir barat adalah medium sebenarnya yang boleh merapatkan orang kelantan yang berada di perantauan. Dan ambo berbesar hati kerana pernah bersama satu ketika dahulu.

Dan sesuatu perkara tue , bak ore kelate kato ada ubat dan yakit.######

Wei lah, ada penyakit juga ko benda nie.... hihi kalu ore tak tahu mungkin ambo boleh cerita. Sebab apa ambo royak supo tue, sebabnya ambo sendiri pernah mengalami dan merasai benda nie. Pertamanya , dikir nie ada angin .. koho lamo koho naik. Dan bilo nak ending tue rasa mace tak puah, dan keduanya gilo koho dikir ore kato. Dan ambo adalah ore yang pernah diejek, disindir dan dihina sebegitu. Dalam masa dok nngaji, mace mace ore kato ko ambo anataranya dok dikir sampai periksa pun selok. Ambo kata benda adalah salah sebab ada sain kito wat lain, tak dikir pun kena buang u. Ketiga orang kata dikir melalaikan dan lari pada tuntutan agama, perkara nie kalu kita ada asas yanng kuat bakpo takutnya... sebab dikir nak takdok nak mengajr ore wat maksiat cuma waktu kena sesuai dan mesej yang disampaikan adalah tepat, berbentuk teguran dan nasihat serta tentang kejadian semasa. Cuma nak mintak sikit agar lirik yang digunakan adalah sesuai dengan keadaan, jangan dok main cerita rumah tangga , cerai berai dan cinta sangat.

Benda dikir banyak faedah sebenarnya kita kena perati betol-betol sebab ada lagi ramai yang tak nampak , contohnya dengan dikir kita dapat menyihatkan badan dan fikiran , dapat release tension ore kato. kadang-kdang kita manusia tokleh lagi dengan bebanan belajar, kerja dan dalam hidup sendiri, tapi dikir adalah elemen-elemen yang boleh dijadikan ajaran.

Selain tue , benda wak ada di kelantan nie yang memburukkan dikir barat adalah gejala dadah dan pengaulan antara lelaki dan perempuan. Tapi benda nie dalam muzik moden pun ada tapi orang tak bising sangat mereka menganggap artis adalah role model tapi pendikir bukan artis tapi seniman jalanan. Dan yang menjadi masalah utama dikir barat di kelantan adalah perpecahan politik, nak gie dikir alik sano takut alik sini tak panggil lepas nie dan ada takut tak dapat budget dari wakil rakyat.

Jadi kesenian ini macam di anak tirikan dibumi sendiri, manakala kesenian lain adalah warisan yang perlu dijaga, walhal benda asalnya bukan dari semenanjung tapi kepulauan melayu yang lain. Hanya dikir barat yang merupakan kesenian yang asal usulnya kita ketahui dari semenanjung, selatan siam..... sebenarnya dulu adalah satu kesultanan melayu yang juga telah dilupakan.

Dan sekarang nie telah ada dakwaan bahawa masih ada muzik tradisional yang asal dari sini, tapi ambo dok perati betul-betul, kebanyakkan dakwaan mereka adalah asal dari muzik orang asli, dan bukan muzik melayu asas.

Dalam titih keluarga ambo, sebenarnya takdo golongan yang terlibat secara langsung dengan dikir, dan mungkin ambo yang pecah tradisi. Tapi benda nie kalu ambo perati mungkin sebab ada dalam family ambo yang minat mene kito, seperti silat. Ambo tahunya, ambo nie keturunan pahlawan dari patani...... boleh lihat pautan nie susur galur family ambo, kut-kut ado lekat waris warah iaitu di..........WWW. WANNUH.COM. Ambo bukan dar family wan nuh tapi dari family raden ahmad.

Mungkin nie la angin yang ambo dok selalu sebut,,, nak jadi dekar tak leh jadi tok dikir lah pulak.

Mungkin nie adalah perenggan terakhir ambo...semoga kita dapat muhasabah diri dan berfikir untuk kebaikan bersama

No comments: