alhamdullillah , kita berada dalam bulan ramadhan yang mulia. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah rahmatnya dapat kita bersama-sama mengerjakan Ibadah puasa. Dalam erti lain puasa mengajar kita banyak sifat sabar dalam menghadapi kehidupan seharian, dari waktu pagi sehingga terbenamnya matahari, yakni sehingga maghrib menjelma. Bagi seseorang muslim apa yang penting adalah sifat tawadduk dan ikhlas dalam mengerjakan ibadat ini, bukan hanya sebagai amalan atau ikutan semata-mata.
Ingin mengulas berkenaan dengan malam pertandingan tempoh hari, seusainya pertandingan tersebut berbagai-bagai tohmahan serta cerita kedengaran akibat keputusan hakim/juri pada malam itu yang menyebelahi pasukan seri istana , tumapat dan mengakibatkan sutrapawana tersingkir malahan diletakkan ditempat 4 keseluruhan. Pertama kali saya mengucapkan tahniah serta cuba lagi dimasa hadapan...sesungguhnya kerja keras adalah tangga kejayaan...seharusnya ini yang bermain difikiran semua ahli sutrapawana kita tidak harus menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri.
Walaupun terdapat ramai aktivis serta pengiat dikir barat hadir , sebenarnya dari suara sura mereka kita harus tahu bahawa pasukan kita jangan bermain api, yang mana kita tak perlu bergaduh atau menunujukkan ketakpuasan dihadapan mereka semua sebaliknya kita harus profesional sebagai yang diterapkan dalam kamus sutrapawana, jangan menjadikan diri kita kampung... Semua yang hadir malam itu, yang tahu berkenaan dengan dikir barat dan seni serta permarkahan telah meletakkan uia juara kerana kelebihan mereka. itu sudah cukup dan kita harus terus mencuba lain tahun dan yang pasti pertandingan makum hampir menjelang tiba, diharapkan uia dapat bersedia untuk merangkul anugerah tersebut.
Dalam erti lain, pasukan uia a.k.a sutrapawana sebenarnya telah memenangi hati penonton walaupun kalah dalam realiti, dan saya juga pasti sekarang uia mendapat pengiktirafan yang tinggi dari pasukan pendikir seluruh manusia. Akhir kata , ini adalah matlamat sebenar yang kita perjuangkan agar UIA/Sutrapawana dikenali org ramai dan tidak hadir cita2 yang kita tak layak.......Selamat berpuasa dan menghadapi exam kepada pejuang sutrapawana.
Thursday, August 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment